Posts

Showing posts from 2015

Dah nampak Tuhan?

Image
"Langit dan awan sekarang sangat cantik, kan Yus?!" Itu apa yang Kak Ju cakap sewaktu dalam perjalanan. picture taken by Kak Ju on the way  back from Mersing last weekend. Serene! Sekejap lagi keluarkan smartphone dan ambil gambar awan dan langit biru. Seketika kemudian simpan balik dalam beg. Bila di depan nampak cantik lagi, keluarkan lagi dan ambil gambar lagi. Saya yang tengah memandu hanya mampu memandang dan simpan dalam kotak ingatan. Ada dua kali terlepas pemandangan unik yang sangat cantik! Nak patah balik, jalannya agak sempit dan bengkang-bengkok. "Kak Ju snap cantik-cantik tau, saya nak!" Pintaku. Ya, langit dan awan sepanjang perjalanan pergi dari Senai dan balik dari Mersing memang teramat cantik. Langit yang cantik warna biru muda dihiasi tompokan awan nano. Awan yang putih berkelompok kemas kelihatan tersusun rapi. Sungguh indah ciptaan Tuhan! Hati menjadi tenang dan tenteram keranaNya. "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah

Kembara, Fotografi dan Makanan. Traveller's Workshop 2

Image
Ini kisah minggu lepas. Satu hari yang penuh cerita, terasa bagaikan diri sedang berada di negara-negara yang berlainan. Dari Perth ke Laos, Turkey ke Madinah, Bandung ke Jepun, tapi ternyata kami masih berpijak di bumi Bangi, Malaysia. Itu sebahagian cerita yang saya perolehi dari program Travellers' Workshop II anjuran Muslim Backpackers . Program tersebut telah berlangsung di Abuain Kitchen Studio, Bandar Putera Mahkota, Bangi dari jam 9 pagi hingga 6.30 petang. Program tersebut telah dikelolai oleh Cik Puan Azzah AR dan Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang tidak dinafikan sangat kaya dengan pengalaman sebagai pengembara. Perkongsian cerita suka-duka, cemas, tips dan ilmu yang pastinya berdasarkan pengalaman. Teruja bila mendengar pengalaman yang sangat menarik daripada semua peserta bengkel dan pengajar-pengajar. Benarlah kata pepatah, 'Jauh berjalan luas pemandangan'.  Mengembara membuatkan kita semakin kaya dengan pengalaman, yang takkan boleh digantik

Catatan kembara sehari sang pejalan kaki.

Image
Waktu itu saya masih bergelar mahasiswi di Kuantan. Satu hari saya bertemu sahabat lama di kampus Gombak. Perbualan mengenai kehidupan dan aktiviti semasa. Lantas saya dijemput untuk berkolaborasi mengadakan program ke kampung orang asli. Ini sesuatu yang baru bagi kami di kampus Kuantan. Berminat, saya terus bersetuju untuk menyiapkan proposal untuk memohon bajet program. Bermulalah episod kolaborasi Kuantan-Gombak untuk program Comrade. Seingat saya team kami dari Kuantan dalam 12- 16 orang. Kami hanya menggunakan telefon dan emel untuk berhubung. Dua hari sebelum program, mesyuarat bersama diadakan. Kata encik presiden, kami akan berjalan kaki selama 4 jam untuk masuk ke kampung orang asli. Hanya komiti masakan dan mereka yang kurang sihat digalakkan naik lori (ranger truck JOA) untuk masuk. 4 jam? Boleh tahan. Ayuh sahut cabaran! Kg. Teji, Cameron Highland Itu lokasi kami. Misi kami adalah untuk berkongsi ilmu disamping beramah mesra dengan penduduk kampung

Made by Oraen's Non-baked Cheesecake. Resepi!

Image
Hi there lovelies. Ada kawan tiba-tiba nak datang rumah, tapi tak tahu apa nak buat untuk dessert? Boleh cuba buat ni. Follow: Facebook page: Made by Oraen Instagram: oraen Saya nak kongsi resepi paling digemari oleh peminat tegar keju. Laju je habis licin kalau dihidang di tempat kerja saya. Sangat mudah nak buat. InsyaAllah akan menjadi! Mulakan dengan Bismillah. Tips: Resepi ni tak guna gelatin, jadi kalau lama keluar dari petiais, ia akan jadi lembik, kena guna sudu untuk scoop. Kalau anda buat just nice je, boleh guna pisau yang dah dicelup air panas (dan dikeringkan) untuk potong cantik. Resepi Non-Bake Cheesecake  (kek keju tak perlu masak) ~adaptasi dari Just a Taste.com Bahan2: 1 tiub 250g Tatura Cream cheese (suhu bilik) 1/2 tin susu pekat 3 sudu makan susu cair/fresh milk 8-10 keping biskut digestive 50g mentega 3 sudu makan gula kastor Cara2: 1) hancurkan biskut (guna blender/ crusher atau masukkan dalam plastik dan guna pencanai doh tepung)

The joy in his eyes

Image
Ogenki- desuka? Wah, lama sangat tertangguh untuk tulis entri yang ini. Terlalu banyak cerita sampai tak tau nak mula.  Mental block. Too many things will get me distracted. That's just me. Entri ni tentang lawatan sambil belajar di Jepun pada November 2014. Musim autumn memang best . Dedaunan berwarna-warni menyambut ketibaan kami. Trip yang dikelolai oleh Liza Sensei, cikgu bahasa Jepun kami .  Group kami seramai 12 orang. Dah ramai macam tu mesti jenuh kan nak layan karenah gila-gila masing-masing. Tapi sensei relax je. Sabar dan sempoi. Terbaik! Antara tempat-tempat menarik yang sempat kami terjah: Arashiyama, Kyoto Ini kali kedua saya ke sini, tapi dalam suasana yang berbeza. Dulu kami tak sempat jalan-jalan di kedai, kali ni kami sempat shopping . Apa yang sama, daun maple tetap menawan! The golden ginkgo leaves are simply stunning . Ni betul-betul depan stesen tren Arashiyama. Yang paling senior dan pal

Medan, Sumatera Utara Indonesia: simply stunning!

Image
Traveling- it leaves you speechless, then turns you into a storyteller" -Ibnu Battuta Medan. It was never in my wishlist. Tapi di sanalah saya berada pada Hari Raya Haji yang lepas. Raya Haji di Medan yo! Ini kali kedua beraya di luar kawasan. Kali pertama di kampung orang asli di Pahang. Seminggu sebelum trip baru dapat confirm cuti. Mem besar pun dah bagi greenlight , so malam tu terus book tiket. Sangat last minute . Selalu backpacking trip saya perlu  study , nak pergi mana, naik apa, berapa kos, and all those stuff. Trip kali ni dah ada orang uruskan ( arigatou ne !); tak perlu peningkan kepala, angkat beg and join the group .  Lepas solat sunat Aidiladha, terus bertolak pergi KL central. Meet the group at KLIA2, and off we flew to Medan via AirAsia.  3pm arrived at Medan airport: first impression, boleh tahan besar dan baru lagi. Joe dan kawannya datang jemput (lupa nama, ampun!). Joe, was our tour guide. Muka macam Akim and the majistret