Ada apa di Osaka?

Untuk trip Jepun kali ini kami mengembara selama 10 hari 9 malam

Kawasan yang kami jejaki adalah Osaka, Kobe, Tokyo, Gunung Fuji dan Kyoto. Oleh kerana trip ini lama dan jarak perjalanan yang jauh, kami membeli JR pass untuk seminggu. Lebih jimat guna pass untuk naik Shinkansen (bullet train). Harga pass ni seminggu dalam MYR1 ribu.

Kami menggunakan public transport seperti bas, tren dan hanya sekali menaiki teksi. JR Pass ini boleh dibeli di ofis JR di Jalan Imbi, berhadapan bangunan Times Square di Kuala Lumpur.


OSAKA



Setibanya di Kansai Airport boleh pergi ke JR Office di tingkat dua untuk tebus voucher JR PASS kepada tiket.


Kansai airport sekarang sudah Muslim friendly di mana terdapat surau dan juga kedai Udon dan tempura yang halal.




Kami menginap di Hotel Granvia Osaka, jadi kami hanya perlu naik bas dari airport menuju Herbis Hotel atau New Hankyu Hotel. Hotel granvia letaknya di dalam Osaka Main Station. 

Tips:
Alternatif lain ialah dengan menaiki JR tren dan turun di JR Osaka Station. alau nak naik tren pula, boleh ambil JR tren turun ke JR Osaka Station.


Fakta:
Menariknya mengenai pengangkutan awam di Jepun yang sangat efisien apabila bas tiba pada waktu yang ditetapkan. 

Di sana pemandu bas dan teksi mengenakan uniform dan blazer serta topi. Tampil bergaya dan kemas. Pekerja sapu sampah di tepi jalan turut memakai blazer dengan kemas. 

Fakta:
Di bandar-bandar Jepun, amat susah nak cari tong sampah, tetapi tak ada sampah pun dibuang di atas jalanraya. Betapa disiplinnya mereka!






Di bawah ini gambar di luar hotel (pintu masuk shopping mall), dalam JR OSAKA Station. Selesa menginap di sini sebab senang nak beli makanan dan mudah naik tren.




1. Hep 5 Ferris Wheel

Berhampiran JR Osaka Station terdapat satu bangunan yang diberi nama Hep 5. Di tingkat ke-7 bangunan tersebut ada Ferris Wheel. Boleh naik dengan sedikit bayaran untuk menikmati pemandangan bandar Osaka.












2. Maritime Museum Osaka

Antara tempat yang menarik ialah Maritime Museum. Di sana ada kapal lama dan sejarah tentang perkapalan dan alatan yang digunakan untuk tujuan pelayaran.







Teropong beriya tu nampak apa?



3. Tempozan Ferris Wheel

Bila malam boleh lepak di Tempozan Ferris Wheel yang berdekatan dengan Osaka Aquarium.



Ferris wheel yang sangat digemari

4. Osaka Castle

Di sini boleh belajar mengenali sejarah istana lama Jepun. Anda boleh beli Osaka unlimited pass untuk 1 hari atau 2 hari kalau anda berminat untuk melawat ke tempat-tempat menarik sekitar Osaka. 

Fakta:
Pas ini sudah termasuk bayaran untuk tren laluan tertentu dan juga tiket admission ke tempat lawatan.



Osaka Castle. Cantik warnanya. Ada warna emas lambang kekayaan.






pameran dalam muzium..







Seberang jalan osaka castle ini ialah Osaka Museum of History.

5. Namba, Dotonbori dan Shinsaibashi

Bila anda dah sampai ke Osaka bolehlah singgah Namba. Dari Namba singgah pula ke Dotonbori

Di sini popular dengan simbol Glico man, orang berlari pakai singlet tu dan juga sotong yang besar. Kalau rajin jalan kaki hujung blok kedai-kedai akan sampai pula ke Shinsaibashi.

Di dotonbori ada kedai halal Indian food yang serve nasi. Kedai tu berdepan dengan kedai sushi yang besar.







Apa lagi ada di Osaka? Di Umeda ada Floating Garden Observatory yang terletak di bangunan Umeda Sky building. Boleh turun di Namba Station atau Nihombashi Stesen. Di area Tennoji, ada Tsutenkaku Tower / Shin-Sekai. Mungkin boleh dijadikan destinasi anda.

That is all for Osaka tour.. next kita pergi ke Kobe.

Comments

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Sales 12.12 Ebook Content untuk membantu anda membina crowd

11.11 Sales Combo E-book Content!