Frankfurt- shopping dan makan!

Rudesheim lagi! Apa yang best? haha. ni gara-gara tak jumpa Tshirt yang menarik di tempat lain, makanya kami ke sini lagi. Di Rudesheim ni boleh tahan banyak barang cenderahati dan best. Tshirt, fridge magnet, keychain, chocolate, barangan kulit, lukisan pun ada. Kali ni pergi dengan tiket tren individu €11, harga lebih mahal dari pergi haritu. kalau nak jimat, boleh naik tren dari Bankhankof, berhenti di Waisbaden. Lepas tu ambil bas 1 jam ke Rudesheim. Bas ni akan masuk kampung. Sampai di Rudesheim boleh ambil pakej cablecar, cruise dan chairlift pada harga €13 seorang. Pakej ni beli di pusat panduan pelancong di sana.


lebih banyak masa dan sempat berjalan-jalan di kedai sekitarnya. Cantik kawasan ni.

I just love this restaurant's setting.




Di kawasan Rudesheim ni ada satu kedai makanan Western yang halal dan sedap. Dah penat jalan sebelum balik bandar tu apa kata pekena burger sebiji.





The Zeil

Ini dia restoran fish house tu. Sedap makanan di sini.
Best shopping area di Frankfurt haruslah di the Zeil. Memang awesome. Lagi- lagi sebab ada Primark. Memang dua tiga kali visit. Haha. Saya bukan kaki shopping, tapi Primark ni lain macam benar bestnya. To date, trip ni paling banyak beli barang. Erk! Lagi satu kawasan the Zeil ni best sebab ada restoran Fish House (tak silap nya dari Yaman atau sekitarnya sana) yang menghidangkan sup ikan yang memang power. Yang pasti mesti ada Salmon sedap. Sedap sangat-sangat sampai nak makan hari-hari.


Ini dia kedai runcit halal sebelah Fish Boat restaurant. Sini boleh beli buah-buahan segar.

Ni landmark the Zeil. Unik dan cantik.

Macam mana nak pegi Zeil? Kalau dari Fresthalle/ Messe ambil tren ke Willy Brandt platz, hop off di sini, then ambil tren ke Hauptwache train U1, U2, U3, atau U8. Dari situ jalan kaki sikit je dah sampai Zeil.

Romersburg

Dari Zeil haruslah jalan lagi ke Romersburg dan bergambar dengan landmark Romer town. Di sini boleh dapatkan T shirt dengan harga 7€, Coaster dalam 5,90€, fridge magnets 2€. Dari Zeil nak ke Romersburg, cari landmark kedai Elle. Jalan terus je nanti nampak Jack Wolfskin store. Jalan terus around the souvenir shops, akan sampai ke Romersburg, Museum Romer dan sungai Romer.  Nak balik nanti boleh naik U4 dari Dom/Romer ke arah Festhalle/Messe. Kalau ke An der Messe, exit di Westernstrabe, trip tiket 13€ each.

Woot  woot... tram nak lalu!

Harapan nak merentasi jambatan tak kesampaian sebab sejuk dan dah lewat


Trademark Romer

Kalau diberi peluang untuk jalan-jalan Germany lagi haruslah extend pergi tempat lain pula. Trip kali ni banyak melawat bangunan je, next time nak explore nature pula..baru thrill. Til then! Thanks for reading!

Entri berkaitan:
jalan- jalan di Rudesheim am Rhein

Comments

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Sales 12.12 Ebook Content untuk membantu anda membina crowd

11.11 Sales Combo E-book Content!