Love? is #terimakasihcinta. Taipei 101


Si kecil yang sentiasa menarik perhatian ramai.

Love is #terimakasih cinta? Saya mulakan dengan sekeping gambar comel tu. Ya, trip kali ni ada Emir yang sangat adorable, so it was fun!

LOVE tu menyambut ketibaan kami di pintu masuk Taipei 101. Taipei 101 ialah menara tertinggi di Taipei. Untuk naik menara perlu bayar NT$500. Ini pertama kali saya naik menara, selalunya bergambar dari bawah je. Mahal ke? Tak pasti. Cuma saya rasa berbaloi dan tak kesal naik sebab dapat pengalaman dan ilmu yang berbeza. Menara di KL belum naik lagi, niat di hati tu ada. Ya, satu hari nanti.



Pintu masuk 101 Mall

menara Petronas kita nombor dua pada tahun 2004



Taipei 101 pada waktu malam
Pengalaman menarik bila naik lif dalam menara ni. Kenapa 101? Sebab ia ada 101 tingkat. Tapi boleh naik sampai tingkat 89 untuk tinjauan. Katanya lif paling laju di dunia. Naik ke tingkat 89 pada ketinggian 1,010 meter, kelajuan 600M/min hanya mengambil masa 48 saat. Kagum dengan teknologi dan bintang di dalam lif.
Video Lif Taipei 101.


Pemandangan dari menara

Dalam menara ni saya belajar tentang pentingnya struktur yang bernama damper.
Dalam menara Taipei 101 ni damper dibina bulat di tengah- tengah struktur menara dan boleh dilihat dari tingkat 88 hingga 92. Damper itu telah membantu menara Taipei 101 daripada runtuh sewaktu gempa bumi 2008 melanda Taipei. Menara dikatakan telah bergoyang ke kiri dan kanan, tapi masih utuh. Ia dikatakan damper bulat terbesar di dunia.

Patung comel tu menjadi ikon untuk damper

Ini dia rupa damper
Saya tutup entri ni dengan satu fakta yang menarik tentang menara Petronas, Kuala Lumpur. Fakta berkaitan damper boleh dibaca di dalam gambar di bawah. Ini ada di dalam menara 101.



Entri:
Leofoo Village and Resort
Wulai Waterfall

Entri lain:

Comments

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Sales 12.12 Ebook Content untuk membantu anda membina crowd

11.11 Sales Combo E-book Content!