Mengejar sakura di countryside: Wulai,Taipei

Wulai Scenic Area merupakan satu kawasan pergunungan tarikan pelancong yang terletak di Utara Taiwan. Ia merupakan kampung asal kepada penduduk asli Atayal yang masih mengekalkan ciri- ciri budaya asal. Di sini terdapat air terjun Wulai yang cantik lagi mendamaikan. Di sini boleh mandi kolam air panas juga. Kalau anda ke sini, bersiap sedia untuk banyak aktiviti berjalan kaki.


Wulai terletak 30km dari bandar Taipei. Boleh pergi dengan menaiki MRT dari Taipei Main Station ke stesen Xindian. Turun je tren tu pergi ke tempat menunggu bas 849 menuju Wulai. Caj bas hanya NT$15 seorang. Sediakan duit syiling tepat sebab mereka tak pulangkan baki. Yang ni gigih sikit kena beratur dan menanti dengan sabar sebab biasanya memang ramai orang. Perjalanan bas ambil masa 40 minit dengan jalan yang berliku macam di Cameron Highlands. Seronok naik bas sebab tinggi dan nampak pemandangan bawah berbanding teksi. Duduk di sebelah kanan untuk lihat pemandangan yang cantik. Kalau naik teksi terus dari Xindian harga dalam NT$600.



Wulai adalah destinasi terakhir bas berhenti. Di situ ada tasik air panas yang cantik. Jalan kaki menyelusuri kedai- kedai makan di situ untuk naik ke air terjun. Bersedia untuk aroma makanan yang pelik- pelik ya. Untuk non-Muslim di sini merupakan food heaven.




Dari tangga ni ada lagi 2km untuk sampai ke air terjun. Anda ada 3 pilihan berikut:
1) jalan kaki di Love Trail sampai atas
2) naik tren kecil pada harga NT$50
3) naik teksi NT$240

Kami pilih naik tren yang comel dan turun berjalan kaki.




Sebenarnya kami ke sini dengan harapan mengejar sakura di hujung musim, tetapi rupanya Taipei ni tak berapa sejuk dah pada penghujung Mac 2015. Jadi tak ada rezeki melihat sakura di sini. Apapun, menikmati bunyi air terjun Wulai sambil minum teh panas memang terbaik!






Nak tengok air terjun tu mengalir?
Klik untuk video Wulai Waterfall.
Di atas sana ada resort dan cable car. Bayaran cable car ialah NT$250 seorang. Naik tinggi tapi dekat je. Atas tu tak ada apapun. Tengok pemandangan je. Tak naik pun tak apa.



Terdapat juga kedai menjual barangan buatan kaum Atayal.

Tekun bertenun. Produk hasil tangan mereka memang cantik.

Resort yang epik

Sekian saja untuk Wulai. Oleh kerana misi mencari Sakura belum berhasil, nampaknya esok kena buat plan baru. Berharap bertemu si para- para Sakura.



Entri berkaitan: 
Taipei 101

Comments

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Sales 12.12 Ebook Content untuk membantu anda membina crowd

11.11 Sales Combo E-book Content!