Posts

Showing posts from July, 2015

Frankfurt, Germany (trip June 2013)

Image
G uten Morgen! Selamat pagi! Ekspedisi pergi Jerman untuk rekod, ni trip naik kapal terbang paling lama saya pernah lalui. KLIA-Qatar 7.5 jam, kemudian Qatar-Frankfurt 6.5 jam. Terperap dalam kapal terbang bukan main meletihkan. Layan movies back to back. Since naik Qatar Air, pukul 9.45 malam dari KLIA transit di Hamad International Airport, Doha, Qatar pada jam 11.50 tengah malam. Transit dalam 2 jam lebih. Sampai Doha dalam 12 pagi turun kapal terbang naik bas, ingatkan dekat je, saya dengan mamainya berdiri. 15 minit kemudian baru sampai terminal. Paling best naik Qatar Air ni semua makanan boleh layan. Halal. Makan pula banyak kali. Sebab kapal malam, selang 2 jam dia bagi makan pastry, roti. P Lepas tu bagi set beg kecik, dalam tu ada earplug, eye patch, stokin. Pramugari majoriti korea, cina, bukan Arab. Doha ke Frankfurt lagi 7 jam dalam flight. Ah bosan, bosan. Letih. Dah siap berazam, lepas ni taknak pergi naik flight jauh2- jauh macam ni (haha, boleh caya k

Krabi 2010

Image
Ok, backdated sangat entri ni. Setelah menggali apa yang ada dalam external hardisk terjumpa gambar lama di Krabi. So why not masukkan je entri Krabi. Krabi, sinonim dengan tempat pelancongan terutamanya aktiviti pulau, islang hopping, snorkeling, pantai, laut, dan makan! Pemandangan pulau Krabi dari langit biru So ekspedisi ke Krabi pun bermula dengan kami 3 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Seminar kali ni santai sungguh, patut lah dibuat di tepi laut. Mereka siap sediakan pakej untuk island hopping atau street shopping. Dah tentu saya pilih island hopping. Suasana di Krabi, jalanraya macam di perkampungan Malaysia je, cuma waktu tu baru lepas reda banjir kot, jalan raya berlopak dan berdebu. Kedai- kedai lama kelihatan sepanjang jalan. Kami menginap di Sofitel Krabi Pokeethra Golf & Spa Resort. Ia sebuah hotel gaya Perancis. Ada satu al kisah yang tak boleh dilupakan di sini. Memang tergelak kalau teringat. Laa.. nak tau juga? Klik sini untuk kisah ben

Jom buat Chawanmushi (茶碗蒸し)

Image
Ni post pertama berkaitan resepi. Harapan selepas ni sempat post resepi lain.  Kalau post sebelum ni tentang Jepun je banyak, kali ni nak bagi resepi makanan Jepun pula. Kalau anda peminat Chawanmushi, bolehlah cuba buat sendiri. Dulu saya ingakan benda ni dibuat dari tofu telur. Rupanya senang je nak buat. Resepi ni diberikan oleh Liza Shaari Sensei. Domo Arigatou Gozaimashita! Resepi Chawanmushi 3 biji telur gred B 300ml air  1 sudu makan shoyu (kicap cair) Bahan2 tambahan: crab fillet, shiitake mushroom, isi ayam/ ikan, apa saja yang anda suka. Cara- caranya: 1. Pecahkan telur dan campurkan dengan air. Tak usah beriya sangat nanti banyak pula buih. Asal rata dah cukup. 2. Masukkan kicap cair. 3.Tuangkan ke dalam bekas kecil (saya guna Ramekin) untuk kukus. 4. Tutup bekas kecil tu dengan aluminium foil supaya tak ada lubang sebab wap panas. 5. Kukus selama 12-15 minit. 6. Biar sejuk sekejap! (Kalau nak sedap lagi, ganti air tu dengan air