Jepun (trip): 6 tips cari makan di Jepun

Jepun sedang berusaha membentuk negara 'Muslim friendly' sempena persediaan menjelang Olimpik 2020. Sebab itu sekarang di airport Narita, Haneda dan KIX dah ada surau. Di sana juga ada restoran makanan halal.

Selain airport, ada banyak restoran halal yang tertumpu di tempat-tempat yang menerima banyak pelancong, contohnya di Asakusa dan Shinjuku di Tokyo, dan juga di bandar Osaka.



Ada tiga kategori 'halal' yang anda perlu tahu:

*** Dilabel sebagai 'All Halal': semua makanan dan minuman adalah dijamin halal. Tiada minuman alkohol.
** Dilabel sebagai 'All Food Halal': makanan saja halal. Maksudnya tempat itu masih serve minuman beralkohol.
* Dilabel sebagai 'Halal food available': ada menu halal dan tak halal disediakan.

Kalau tak jumpa tempat makan halal, jangan risau, boleh cuba tips berikut:

1) Makan seafood.
✔ Kebiasaannya sushi tak diletak mirin (alkohol) pada nasi. Ada juga yang letak. Nak tahu, kena tanya mereka. Hati-hati juga dengan shoyu atau 'kicap' yang mereka guna. Ada yang letak mirin.

Mirin ga haitteimasuka?
(Mi-rin ga ha-it-te-imas-ka)
= Ada mirin?

✔ Terus cakap anda tak makan daging.

Niku wo tabemasen.
(Ni-ku o ta-be-ma-sen)
= (Saya) tak makan daging.

2) Makan Takoyaki. Hati-hati dengan makanan ini, kalau bukan yang halal certified. Boleh makan, kena tanya sama ada daging, alkohol ada atau tak. Terutama sos kicapnya.

Pernah, kami bertanya kepada penjual Takoyaki, bebola Takoyaki tak ada masalah. Sos, dia beritahu awal-awal, ada yang mengandungi 'buta' (khinzir).

3) Soba atau Udon.
✘ kebiasaannya, sup soba atau udon ada diletakkan mirin. Boleh tanya mereka untuk kepastian.

4) Makan roti.
Roti paling mudah dicari di Family Mart dan Lawson yang ada di merata tempat. Boleh tanya pada juru jual sama ada roti shortening daripada sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan.

shokubutsu kigen karadesu ka?
= (sumber) daripada tumbuh-tumbuhan ke?
dōbutsu kigen karadeshou ka?
= (sumber) daripada haiwan ke?

5) Setakat nak isi perut sikit, boleh makan Onigiri Tuna di Family Mart / Lawson. Boleh tanya pada jurujual tentang kandungan.

6) Susah-susah sangat, anda bawa saja makanan dari rumah. Atau beli barang mentah dan masak sendiri di apartment sewa atau hostel.

Sila klik sini untuk tips dan contoh makanan yang mudah anda perolehi dari Family Mart atau Lawson.

Boleh rujuk sini untuk aplikasi bahasa Jepun yang mudah anda gunakan.

Comments

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Sales 12.12 Ebook Content untuk membantu anda membina crowd

11.11 Sales Combo E-book Content!