Jepun (trip) Tips: EMPAT aplikasi bahasa untuk bantu anda 'survive' di Jepun

Bila merantau ke Jepun, antara perkara utama (selain makanan!) yang ramai orang risaukan adalah bahasa. Bagaimana nak berkomunikasi dengan orang Jepun?

Soalan-soalan lazim:

1) Ramai ke orang Jepun yang faham Bahasa Inggeris?

Jawapan: Kebiasaannya staf di kaunter informasi tiada masalah untuk faham bahasa Inggeris.

Orang awam: tak semua boleh bantu anda menggunakan bahasa Inggeris.

2) Papan tanda semuanya di dalam bahasa Jepun ke?

Jawapan: Kebanyakan papan tanda di jalan raya adalah di dalam tulisan Jepun; Hiragana, Katakana atau Kanji.

Tulisan Roman banyak juga digunakan di airport, stesen-stesen tren, bas dan tempat-tempat pelancongan.

★★ Ada beberapa tips untuk bantu anda:

1) Muat turun aplikasi bahasa Jepun:

 Japanese Lite.
✔ Paling mudah dibaca dan boleh keluarkan suara. Kalau susah sangat nak sebut, tekan saja bagi orang Jepun dengar dari telefon anda. Boleh guna tanpa internet.

Yomiwa
✔ Ambil gambar Kanji atau perkataan Jepun dan kemudian boleh dapatkan translation. Boleh guna tanpa internet.

Google Translate
✔ Aplikasi pantas untuk translate, sama ada perkataan ditaip, input suara, input menggunakan gambar daripada album atau ambil gambar dan terus translate. Yang ini perlu guna internet.

JED
✔ Kamus digital. Boleh translate bahasa Jepun-Inggeris atau bahasa Inggeris- Jepun. Tidak perlukan internet.

2) Paling mudah, hafal atau ambil tahu beberapa perkataan atau ayat lazim, contohnya,

★ Tentang arah:
Di mana tandas?
= Toire wa doko desuka?
(toi-re wa do-ko des-ka : bunyi 'e' seperti sebutan epal)

★ Tentang harga:
Berapa harga?
=Ikura desuka?
(i-ku-ra des-ka)

3) Dan akhir sekali, tips adab kesopanan dan kesusilaan. Sila hafal:

✔✔ "Sumimasen = maaf"
Bunyi: su-mi-ma-sen
(se- bunyi e seperti dalam sebutan segak)

dan
✔✔ "Arigatou Gozaimasu = terima kasih (bentuk formal)"
Bunyi: a-ri-ga-to  go-za-i-mas

Sumimasen= boleh jadi 'minta maaf' dalam banyak erti.
Contoh:
✔ nak tumpang lalu keluar dari tren
✔ nak tumpang tanya
✔ baru tersedar bagi duit pada cashier tak cukup
✔ nak panggil pekerja restoran untuk ambil order makanan

Boleh mulakan apa-apa pun dengan Sumimasen, dan akhiri dengan Arigatou Gozaimasu.

Harap sedikit tips ni dapat membantu anda membuat persediaan untuk trip jelajah Jepun anda!

Comments

Popular posts from this blog

An interview with my Italian friend on Italy lockdown「イタリアのロックダウン: イタリア人の友達とインタビュー]

Sales 12.12 Ebook Content untuk membantu anda membina crowd

11.11 Sales Combo E-book Content!