Posts

Showing posts from September, 2016

Jom buat Popiah ketam!

Image
Jom buat popiah mudah tapi sedap. Versi paling senang. Haha. Barang-barang diperlukan: Kulit popiah Breadcrumbed bebola ketam Mozarella cheese Cili padi Air Senang saja. Potong kecil-kecil bebola ketam tadi. Parut keju, ikut suka nak banyak mana. Potong kecil cili padi. Campur semua bahan tadi. Isi atas kulit popiah, kemudian gulung dan 'bungkus' cantik-cantik. Guna air sebagai gam. Panaskan minyak di dalam kuali. Dah sedia untuk goreng popiah.  Walla! Dah siap. Yummeh!

21 Info menarik berkaitan Jepun

:: 21 Info menarik berkaitan Jepun :: ✔ Jumlah penduduk Jepun dianggarkan 127 juta orang. Agama terbesar di sana ialah Shinto dan Buddha, meskipun begitu, agama tidak memainkan peranan yang penting di dalam hidup majoriti rakyat Jepun. ✔ Pemegang Passport Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk (sebagai pelancong) ke Jepun. ✔ Beza waktu Malaysia dan Jepun hanya satu jam. Contoh: Malaysia 10.10 pagi = Jepun 11.10 pagi. ✔ Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tokyo/ Osaka mengambil masa lebih kurang tujuh jam. ✔ Mata wang Yen digunakan di Jepun. Tukaran 1 Yen = RM 0.0405 (semalam). ✔ Di Jepun, sebotol air mineral bersaiz kecil 550mL berharga lebih kurang 84-100 Yen (RM3.45- RM4.07). Onigiri Tuna paling mudah didapati di saat-saat perut tengah lapar. Boleh dibeli di Family Mart di Jepun dengan harga 110 yen (RM4.50) / satu. ✔ Biasanya air paip di Jepun boleh terus diminum. ✔ Terdapat LIMA jenis tren di Jepun: 1) Local (kakueki-teisha or futsu-densha): berhenti di s

Jepun (trip): 6 tips cari makan di Jepun

Image
Jepun sedang berusaha membentuk negara 'Muslim friendly' sempena persediaan menjelang Olimpik 2020. Sebab itu sekarang di airport Narita, Haneda dan KIX dah ada surau. Di sana juga ada restoran makanan halal. Selain airport, ada banyak restoran halal yang tertumpu di tempat-tempat yang menerima banyak pelancong, contohnya di Asakusa dan Shinjuku di Tokyo, dan juga di bandar Osaka. Ada tiga kategori 'halal' yang anda perlu tahu: *** Dilabel sebagai 'All Halal': semua makanan dan minuman adalah dijamin halal. Tiada minuman alkohol. ** Dilabel sebagai 'All Food Halal': makanan saja halal. Maksudnya tempat itu masih serve minuman beralkohol. * Dilabel sebagai 'Halal food available': ada menu halal dan tak halal disediakan. Kalau tak jumpa tempat makan halal, jangan risau, boleh cuba tips berikut: 1) Makan seafood. ✔ Kebiasaannya sushi tak diletak mirin (alkohol) pada nasi. Ada juga yang letak. Nak tahu, kena tanya mereka. Hati-hati

Jepun (trip) Tips: EMPAT aplikasi bahasa untuk bantu anda 'survive' di Jepun

Bila merantau ke Jepun, antara perkara utama (selain makanan!) yang ramai orang risaukan adalah bahasa. Bagaimana nak berkomunikasi dengan orang Jepun? Soalan-soalan lazim: 1) Ramai ke orang Jepun yang faham Bahasa Inggeris? Jawapan: Kebiasaannya staf di kaunter informasi tiada masalah untuk faham bahasa Inggeris. Orang awam: tak semua boleh bantu anda menggunakan bahasa Inggeris. 2) Papan tanda semuanya di dalam bahasa Jepun ke? Jawapan: Kebanyakan papan tanda di jalan raya adalah di dalam tulisan Jepun; Hiragana, Katakana atau Kanji. Tulisan Roman banyak juga digunakan di airport, stesen-stesen tren, bas dan tempat-tempat pelancongan. ★★ Ada beberapa tips untuk bantu anda: 1) Muat turun aplikasi bahasa Jepun:  Japanese Lite. ✔ Paling mudah dibaca dan boleh keluarkan suara. Kalau susah sangat nak sebut, tekan saja bagi orang Jepun dengar dari telefon anda. Boleh guna tanpa internet. Yomiwa ✔ Ambil gambar Kanji atau perkataan Jepun dan kemudian boleh dapatkan t

Jepun (Trip) - 'Eye on Japan'. Apa tu?

Image
Ohayou Gozaimasu! (selamat pagi) Setiap kali ke Jepun, antara aktiviti kegemaran saya ialah menjejak Ferris Wheel . 'Eye on Japan' kiranya! Sangat best bila naik dan dapat lihat pemandangan daripada atas. Rasa macam seekor burung helang terbang tinggi. Gitu! Gambar di bawah ialah ferris wheel yang dapat anda temui di Osaka. Uniknya ferris wheel ini dibina di atas tingkat tujuh bangunan bernama HEP FIVE. HEP adalah singkatan kepada Hankyu Entertainment Park. Haa... nama pun entertainment kan! Memang tempat hiburan. Di sini juga ada banyak kedai yang menjual barang-barang berkaitan game dan playstation serta pusat shopping untuk pelbagai fesyen dan rekaan baju. Nak cari restoran, boleh pergi ke tingkat 5F dan 6F. Kalau nak main game, boleh pergi ke tingkat B2, 8F dan 9F. Nak naik Ferris wheel warna merah? Bayaran hanya serendah 500 yen. Boleh pergi ke tingkat 7F. Anda yang tak gayat confirm akan suka! Di dalam gondola boleh pasang muzik terus dari telefon